Monday, November 22, 2010

A tally tale from the bed


With the world from peace to hectic,
as im growing older,
sometime my whole life just flash into my eyes,

In a quiet night,
such gloomy night,
I dream about one large shadow,
hovering over the rooftop of the Persian palace,
lurking in the bushes of plain red roses,
with a bit of dot,
and a scenes of logistic in the air,

feeling so frown and down,
in my dream i saw a dragon,
with green scaly tail,
large yellow eyes,
with sharp claws,
wreaking the town,
the little children cry for help,
as their mother tries to be superman,

For a sudden minute,
I woke up,
my head was spinning,
my belly was aching,
my eyes were soaring,
Ugh,its monday!

Saturday, November 13, 2010

Lembah Warna




Melihat Langit,
warnaya biru,
melihat pucuk,
warnaya hijau,

Awan yang putih,
matahari yang terang keemasan,
dek petang yang ingin kembali suram,
dek bumi berputar dari barat ke timur,

Terasa angin bertiup,
menyisip rambutku,
melalui susuk tubuh badanku yang kurus,
terasa nyaman,

Dunia yang sementara ini,
masih indah dipandang dengan mata,
dirasai dengan pacaindera,
perasaan aman tidak dapat aku lupakan,
hasil daripada ciptaan tuhan yang Esa,

Saturday, November 6, 2010

Angin Selembut Salju , Laut Yang Biru


Lautan yang luas,
mengembalikan aku kesedaran kepadaku,
yang aku nie kecil dan lemah,
lautan yang bergelora menakutkan aku,
melihat ombak bergulung,
mengisi pandanganku,

Air kuala yang keruh,
disebabkan oleh sungai dan banjir di daratan,
memberikan persekitaran yang fotogenik,
dan persekitaran yang enigmatik,
cantik sekali dunia ini,

Tiada bot di musim tengkujuh,
aras laut yang tinggi mengundang marabahaya kepada nelayan,
tetapi apakan rezeki kepada mereka?

Tuhan itu mahal adil,
tidak mengira darjat dan harta,
Tuhan memberikan rezeki kepada sesiapa jua,
dengan kadar yang amat rata,
tetapi atas sikap hambanya untuk menggunakan harta tersebut,
dengan haloba atau berhemat,
aku bukannya ustaz untuk memberitahukan ini,
tetapi ini satu perkara yang umum,
semua orang tahu akan ini,
tetapi berapa orang yang bersyukur akan-Nya,

sekian,
mesin taip


Friday, November 5, 2010

Sepantas cahaya


Laju masa berjalan,
dengan perangai bombastik,
setiap perbuatan tidak dirasai kesannya,
tetapi keharuman malam menyedarikan aku,
tentang kegelapan hidup ini,
kegelapan diriku,

Ya aku mengaku aku hipokrit,
kesian kepada rakan-rakan ku akan perangaiku,
sebab aku yang menyusahkan mereka,
tapi aku tahu,
perangai ku yang buruk harus aku tinggalkan,
buka halaman baru didalam siri kehidupan,

Seorang penulis dapat menulis beribu falsafah,
tanpa menyedari maksud sebenar falsafah itu,
setiap kata-kata mereka,
mungkin hipokrit,
mungkin benar,
tetapi kita tidak tahu,
kita hanya terpesona dengan kata-kata yang membara jiwa,

Sekian,
Mesin taip

Monday, November 1, 2010

Pagi Yang Redup

Hampir gelap pagi ini,
redup dan dingin sekali yang aku rasakan,
melihat jauh disana,
pemandangan pokok-pokok yang redup,
dan air hujan membasahi muka bumi,
terasa aman...

Kedinginan subuh menelubungi tempat tidurku,
aku terketar-ketar kesejukkan berjalan menuju ke tandas,
ku membuka pili air untukku mandi,
aku mencapai baju kemeja putihku,
berpakaian serba seragam,
persediaan diriku untuk kesekolah,

Aku keluar melihat muka bumi,
pagi yang gelap,
suram sahaja pagi ini,
turunnya hujan yang bercurah,
dari langit biru,
sejuknya....

Mesin Taip