Thursday, February 24, 2011

Grand officer 96

Melihat perkara yang terlakur dialam paradigma,
menjadi satu sentimental diri yang dalam berduka,
tercari-cari jawapan yang sebenarnya,
tidakkah pula aku merana,
Selalu berkata yang aku ini,
hanyalah seorang insani,
tidak melihat perkara buruk di,
dalam diri ini,

Tanyalah diri ini siapa yang tahu,
kerana tiada yang akan fahami,
setinggi gunung ilmu diterapkan ke dalam dada,
setinggi angkasa anjakan paradigma,
Tiada lagi gumpalan darah,
di atas tar aku takkan mati,
kerana aku tahu apa salah,
tapi aku tidak tahu apa yang benar,

Melihat,
dengan perspektif yang baru,
Mencari,
menggunakan akal yang buntu,
Meraung,
dengan perasaan benci,
Meraung,
dengan sepenuh-penuhnya,

Setiap titisan hujan yang jatuh kebumi,
membunyikan satu irama yang merdu,
sehingga kami semua tertidur dalam kealpaan,
sunyinyaa....

Thursday, February 10, 2011

Tiada Tajuk

Setiap kali,
begini sahaja aku nanti,
menunggu,
macam orang dungu,

Rasa ingin pergi,
tapi terlekat sendiri,
di bucu dunia ini,
jangan pergi lagi,

Walau dunia bukan hitam putih,
tapi alangkah indahnya jika kita,
dapat mewarnai,
dengan warna-warna yang terang,
harap diriku girang,
akhirnya,

setiap kali,
hari berlalu-pergi,
bintang dilangit berkejaran sesama sendiri,
laju ingin ku pergi,

hari-hari,
dizaman muda ini,
berharap ku dapat terbang tinggi,
setinggi langit ini,



si mesin taip